Popular Post

Posted by : Unknown Sabtu, 14 Juni 2014

TEKNIK PERNAFASAN

Pada dasarnya setiap manusia Mempunyai tenaga dalam, akan tetapi mereka tidak mengetahui bagaimanakah cara untuk membangkitkan atau mengembangkannya. Tenaga dalam itu itu sebenarnya sudah ada sejak manusia dilahirkan. Tetapi tenaga dalam itu masih pasif dan akan di bangkitkan apabila kita berada dalam keadaan tertentu seperti apabila berada di dalam keadaan panik, di hipnosis ataupun apabila mengalami ketakutan yang amat sangat. Mereka yang takut kepada anjing akan memiliki kemampuan yang luar biasa apabila boleh berlari dengan pantas bagi mengelakkan dari di gigit anjing. Dalam keadaan terdesak, kita mampu melompati tembok setinggi 2 m dengan sekali lompat. Pernah satu kejadian berlaku di Amerika di mana seorang wanita mampu mengangkat kereta untuk menyelamatkan anaknya yang berada dibawah kereta selepas di langgar secara tidak sengaja. Rasa takut yang amat sangat dapat membangkitkan tenaga dalam yang sedang ‘tidur’ buat seketika.
Pernafasan tenaga dalam adalah salah satu teknik pernafasan yang efektif di mana ia membolehkan kita menyerap tenaga dari udara dengan lebih optima. Ia juga adalah satu latihan yang di ajarkan di Perguruan tenaga dalam dan dengan menjalani latihan pernafasan yang tertentu membolehkan kita melakukan perkara yang luar biasa. Amalkan pernafasan tenaga dalam ni supaya tubuh fizikal dan mental berfungsi dengan lebih baik.
Manfaat-manfaat pernafasan tenaga dalam ialah:
·         Menenangkan minda dan mengurangkan stress
·         Menguatkan sistem imunisasi tubuh dengan meningkatkan penghasilan antibodi dan seterusnya meningkatkan Tahap Kesihatan tubuh.
·         Meningkatkan kadar metabolisme tubuh (membantu pengurangan berat badan
·         Menyerap oksigen dengan lebih berkesan
·         Meningkatkan konsentrasi minda
·         Membolehkan kita bertindakbalas dalam apa jua keadaan dengan lebih tenang dan rasional
·         Membuka jaluran tenaga tubuh eterik dan seterusnya mengaktifkan chakra dan mengembangkan lapisan aura Mereka yang bernafas dengan baik biasanya mempunyai tahap kesihatan yang baik dan juga lebih bertenaga.
            
Apabila kita berada di dalam keadaan tenang pernafasan kita lebih lembut dan teratur berbanding dengan keadaan kita jika sedang marah ataupun berada di dalam ketakutan
yang selalunya nafas tidak menentu atau teratur. Ini menunjukkan yang keadaan pernafasan kita ada berhubung kait dengan keadaan fizikal dan emosi kita.Terdapat pelbagai jenis teknik pernafasan tenaga dalam dan Teknik pernafasan yang akan saya tunjukkan di kenali sebagai teknik pernafasan 4 arah.
Teknik pernafasan ini juga boleh di lakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sebaik-baiknya apabila berada di dalam keaadaan yang tenang dan jangan melakukannya selepas makan (tunggu dalam 1 jam) dan pastikan udara berada di dalam keadaan yang bersih. Mula-mula tarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan kat perut/pusat 7 saat, lepaskan perlahan-lahan 7 saat dan tahan 7 saat sebelum menarik nafas balik (bernafas melalui hidung). Kiraan saat bergantung pada anda, kalau tak boleh 7 saat buat 5 saat. Tapi kalau boleh buat lebih lagi bagus. Yang pentingnya kiraannya hendaklah sama dan buatlah dalam 10 pusingan. Jadikan teknik pernafasan ini sebagai amalan supaya minda dan tubuh selalu berada dalam keadaan sehat.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 As_Suja' - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -